Kedudukan pergerakan Dirian tangan (gimnastik)

Dirian tangan tegak statik yang asas, dengan kaki yang tegak, terdiri daripada lima isi utama untuk posturnya:

  1. Lengan terkunci — Kedua-dua tapak tangan diletak datar di atas lantai dengan jarak lebar bahu, dan kedua-dua siku dikunci semasa memeliharakan tangan yang tegak.
  2. Kepala terdongak — Muka bukan menghadapi lantai, tetapi menghadapi terus ke hadapan seolah-olah ketika berdiri tegak.
  3. Pinggul cengkungPinggul ditolak melepasi pusat graviti untuk menghalang tulang belakang daripada melengkung; jika dilaksanakan ketika berbaring mendatar di atas lantai, postur ini akan memeliharakan sentuhan antara pelvis dengan lantai.
  4. Kaki terkunci — Kedua-dua lutut dikunci, dengan kaki-kaki tertutup dan tegak.
  5. Jari kaki runcing — Kedua-dua kaki dikunci bersama-sama, dengan jari kaki ditunjuk terus ke atas dan dikekalkan sebagai titik tertinggi.

Kelainan-kelainan dirian tangan yang menggunakan radas akan memerlukan penyimpangan daripada postur-postur piawai ini untuk memeliharakan keseimbangan.